Okay,

ada banyak cara sebenarnya mengikut kreativiti masing2.
Tapi secara asasnya adalah seperti berikut.

Bahan-bahan
1- Primer iaitu gesso.Biasanya kita gunakan White Gesso.Nak guna warna lain pun boleh juga
2- Paper Napkin (sebaiknya yang Acid Free), atau tisu biasa, atau Decoupage paper
*Boleh juga ambil keratan2 majalah yang ada imej yang cantik.
3- Gam untuk tampal.Bukan gam biasa,tapi special untuk decoupage.Boleh guna Clear Glaze Medium atau All Purpose Sealer.
4- Arcylic Paint
5- Varnish
6- Berus yang sesuai
7- Gunting



Langkah demi langkah
1- Bersihkan medium yang hendak dibuat decoupage
Contoh: Kayu,tin,botol dan sebagainya.(kat perabot pun boleh cth mcm almari,meja,kerusi)
2- Sapukan sealer terlebih dahulu.Biarkan kering.
3- Sapukan White Gesso.Cara sapuan sama ada dab-dab menggunakan span atau boleh juga menggunakan foam brush.Tunggu kering dan sapu lagi untuk lapisan kedua sehingga anda berpuas hati.
4- Kemudian warnakan background dengan arcylic paint yang sesuai dengan warna latar belakang motif dari tisu atau kertas decoupage.
5- Sementara menuggu kering,anda bolehlah menggunting motif yang hendak ditampal.
6- Setelah itu,sapukan Clear Glaze Medium(sesuai untuk tisu) atau All Purpose Sealer ke permukaan medium anda.Kemudian tampalkan motif corak yang digunting tadi.
7- Sapukan sekali lagi di sebelah atas motif yang telah ditampal tadi.Cuba buat perlahan supaya tidak koyak dan kurangkan kedutan2 akibat dari gelembung udara.

8- Setelah kering,bolehlah sapukan Varnish sebagai proses akhir.Boleh sapukan sebanyak 2 lapisan untuk hasil yang lebih baik.Tunggu lapisan pertama kering dahulu.


Selamat Mencuba!

p/s:InsyaAllah kalau berkesempatan saya gunakan gambar untuk menunjukkan langkah demi langkah membuat decoupage nanti.

2 comments:

Anonymous said...

Assallamualaikum...
Sgt kreatif...In Sya Allah dah timbul minat nak mencuba.. :-)

Unknown said...

Salam ..nak beli bahan bahan utk buat kat mana ya..tq

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails