Showing posts with label 3D Decoupage. Show all posts
Showing posts with label 3D Decoupage. Show all posts

Okay,
actually medium yang digunakan ni bukan kayu.Tapi seakan2 gabus.Biasanya dijual sbg alas periuk panas.

Saya cuba buat crackle effect dengan cara menyapu secara tebal dan nipis.Sebenarnya ia salah satu dari eksperimen juga kali ini.Bila tengok hasilnya,pada mulanya saya ketawa rasa kelakar sebab ada bahagian berongga2 besar,ada bahagian retak halus,ada yang retak kasar.Nak buang rasa sayang, nak cat balik pun sayang jugak!!!Aduhh.

Bila dibelek2,ditenung2...bak kata cik abe,ada nilai artistik tu...maka saya terus tampalkan motif bunga rose untuk teruskan decoupage kali ini.

Bila dah tampal,saya rasa tak puas hati pula sebab bayang2 crackle yang timbul dengan background agak gelap di sebalik corak bunga tadi. Idea untuk buat 3D datang lagi!

Apa lagi terus gunting lagi 3 kuntum dan mula buat lapisan2 nya untuk hasilkan 3D.Dan akhirnya timbullah bunga tu :-).

Final touch-up,just add reben and manik.Again,rasa macam nak frame kan...hmmm :-).
Untuk kali ini partner saya ialah kak jija1970.

Jenuh juga memikirkan idea untuk jadikan ia sangat istimewa sebab saya suka dengan hasil kerjatangan beliau.Tema ialah mesti guna motif roses sahaja.

Akhirnya saya putuskan nak buat 2 benda. Satu ialah cermin,satu lagi hiasan dinding 3D.

Warna dan corak pada kedua2 item adalah sama.Jadi dia macam Set gitew :-).

Special for kak jija,




Dan yang ini pula 3D decoupage.Medium board kayu tu beli di Jusco.Ianya yang sebenar ialah alas periuk panas.Saya deco kan.


Rasa macam sayang sangat,jadi saya siap2 tempah frame.Alhamdulillah kedua2 barang ni selamat sampai dihantar oleh abang posmen ke rumah kak jija1970.

Rasanya yang ni paling mencabar dibuat tapi sangat enjoy :-),



Sebabnya banyak motif munga-munga cinta nak kena guna.Medium board tu kayu biasa je.

Saya mmg suka corak bunga yang ni.Sayang jugak nak guna.

Cadang nak frame kan cantik2..,kenangan terindah :-).

Ni gambar zoom in,untuk tgk 3D yang buat imej bunga jadi timbul.Maksimum 3 layer especially pada kelopak bunga besar.2 layer untuk daun2.
Ni ada satu lagi aktiviti. Ianya di organize secara online oleh umiyumi dalam English Club:Let's Improve Our English di forum WMC juga.
Sebagai salah seorang ahli kelab tersebut saya pun join aktiviti exchange card ni.Syaratnya,kad tu dibuat sendiri.Kita tak tau kita akan dapat kad dari ahli yang mana satu,sebab itu adalah rahsia.Kak umiyumi saja yang akan bagitau.Jadi masing2 saspen.
Cthnya saya telah diberitahu untuk berikan handmade kad ni kepada lina726.Didalamnya pula saya letakkan Poem berkenaan Friendship.Saya juga perkenalkan diri saya dalam kad tu.Bila dah sampai ke tangan penerima,baru lah dia tau siapa partner dia dalam aktiviti ini.

So,kad yang saya buat ni teramatlah simplenya..cuma kat bahagian tengah dalam kad tu,buat decoupage.Again...3D Decoupage.ehehe..Simple punya je.Hasilnya?Macam dalam gambar kat atas tu lah :-)

Kali ni birthday seorang lagi kawan online iaitu eihanlemoc @ fida.

Saya buatkan special untuk dia. Sebab fida ialah ketua projek birthday ni.

Apa specialnya? 3D Decoupage.
Medium bulat tu cuba teka apa?Itu saya beli dekat Jusco..chopping board! :-).

Masa beli tu tak terfikir pun nak buat untuk potong ikan or daging.Memamg fikir nak decor kan je.:-D

Hasilnya jadilah seperti di atas.Rasa happy sebab bunganya nampak hidup...:-). Cuma nak perbaiki lagi wordingnya.
Ada satu aktiviti di mana,kami telah diberi partner.Dimana saya perlu buat decoupage dan berikan kepada partner.Kemudian ahli yang di'partner'kan dengan saya juga kena buat decoupage dan berikan pula kepada saya.
Tukar2. Sebab tu lah namannya Decoupage Exchange(EG).Syarat aktiviti kali ini ialah medium yang digunakan mestilah daripada kayu.

Partner saya ialah syamieza_danish.Saya yang perlu buat dan hadiahkan kepadanya.
Manakala ayu61279 pula ialah partner yang perlu berikan hadiah kepada saya.

Seronok jika kita melibatkan aktiviti2 begini.Selain menajamkan lagi skill kita,bnyk perkara yang boleh dipelajari hasil dari perbincangan bersama kawan2 lain.

Saya bawa tema purple kali ni :-).

Ada dua barang yang saya buat utk syamieza_danish.

1) Kayu/papan belakang tu ialah yang digunakan untuk alas periuk panas.
Manakala senduk tu pula sebenarnya senduk buluh. Saya gamkan senduk tu di atas alas kayu tersebut.Konon nak menambahkan nilai2 seni lah tu hehehe :-).
Boleh buat perhiasan juga.Mungkin kalau di framekan pun cantik.Harap syamieza_danish suka.

2) Yang ni mmg kayu yang biasa orang buat untuk wall plaque.Saya gunakan decoupage paper.Dan kemudian buat 3D decoupage disitu.Nampak timbul tak bunga2nya?Hehehe..

Rasanya masih bnyk perlu diperbaiki.Walaubagaimanapun berbesar hati dapat siapkan untuk partnerku kali ini. :-)



Related Posts with Thumbnails