Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Seperti yang saya beritahu sebelum ini,tema kali ini ialah kami mesti menggunakan medium berbentuk "heart".
Partner saya ialah ketua aktiviti ni sendiri iaitu inahaiqal.Waduhh..ina sukakan konsep ala-ala english gitu.Pastinya mesti shabby,sweet,white and pink kan?

Untuk inahaiqal saya buatkan istimewa untuk beliau 3 item.Semuanya berbentuk heart atau love readymade,kecuali placemat.Untuk menepati konsep maka saya lukis bentuk Love di placemat buluh tersebut.

Semuanya love and nampak romantik,macam nak bagi kekasih lah pulak :-D.

1) Medium nya ialah kayu.Boleh jadikan hiasan dinding atau gantung kat pintu ke.




2) Cermin muka dari kayu juga,ada stand kat belakang.Bolehlah letak atas meja :).



3) Placemat dari buluh.Kalau nak tengok gambar original sebelum di deco kan mcm kat bawah ni boleh tengok di SINI. Dari warna asal nya tu saya buat dulu background putih,then lukis gambar love,warnakan,letak motif roses,buat shading,and lastly hias dengan reben.Boleh letak atas meja atau emmm..kat dinding?
Asalkan kreatif,letak mana2 pun cantik hehehe ..:-)




Mula2 giliran marinaHH,kemudian tiba giliran mimi_sharif dan juga putriayu.


Sementara masih ada masa nak buat handmade present ni maka saya teruskan dengan kraf decoupage.
Untuk putriayu saya hadiahkan Door Hanger,untuk mimi pula ialah Switch Board,manakala untuk Marina pula ialah bekas kayu yang boleh diisi apa saja yang bersesuaian.

Happy Birthday 2 all of u! :-)

Untuk kali ini partner saya ialah kak jija1970.

Jenuh juga memikirkan idea untuk jadikan ia sangat istimewa sebab saya suka dengan hasil kerjatangan beliau.Tema ialah mesti guna motif roses sahaja.

Akhirnya saya putuskan nak buat 2 benda. Satu ialah cermin,satu lagi hiasan dinding 3D.

Warna dan corak pada kedua2 item adalah sama.Jadi dia macam Set gitew :-).

Special for kak jija,




Dan yang ini pula 3D decoupage.Medium board kayu tu beli di Jusco.Ianya yang sebenar ialah alas periuk panas.Saya deco kan.


Rasa macam sayang sangat,jadi saya siap2 tempah frame.Alhamdulillah kedua2 barang ni selamat sampai dihantar oleh abang posmen ke rumah kak jija1970.

Ni ada satu lagi aktiviti. Ianya di organize secara online oleh umiyumi dalam English Club:Let's Improve Our English di forum WMC juga.
Sebagai salah seorang ahli kelab tersebut saya pun join aktiviti exchange card ni.Syaratnya,kad tu dibuat sendiri.Kita tak tau kita akan dapat kad dari ahli yang mana satu,sebab itu adalah rahsia.Kak umiyumi saja yang akan bagitau.Jadi masing2 saspen.
Cthnya saya telah diberitahu untuk berikan handmade kad ni kepada lina726.Didalamnya pula saya letakkan Poem berkenaan Friendship.Saya juga perkenalkan diri saya dalam kad tu.Bila dah sampai ke tangan penerima,baru lah dia tau siapa partner dia dalam aktiviti ini.

So,kad yang saya buat ni teramatlah simplenya..cuma kat bahagian tengah dalam kad tu,buat decoupage.Again...3D Decoupage.ehehe..Simple punya je.Hasilnya?Macam dalam gambar kat atas tu lah :-)

Kali ni birthday seorang lagi kawan online iaitu eihanlemoc @ fida.

Saya buatkan special untuk dia. Sebab fida ialah ketua projek birthday ni.

Apa specialnya? 3D Decoupage.
Medium bulat tu cuba teka apa?Itu saya beli dekat Jusco..chopping board! :-).

Masa beli tu tak terfikir pun nak buat untuk potong ikan or daging.Memamg fikir nak decor kan je.:-D

Hasilnya jadilah seperti di atas.Rasa happy sebab bunganya nampak hidup...:-). Cuma nak perbaiki lagi wordingnya.
Ada satu aktiviti di mana,kami telah diberi partner.Dimana saya perlu buat decoupage dan berikan kepada partner.Kemudian ahli yang di'partner'kan dengan saya juga kena buat decoupage dan berikan pula kepada saya.
Tukar2. Sebab tu lah namannya Decoupage Exchange(EG).Syarat aktiviti kali ini ialah medium yang digunakan mestilah daripada kayu.

Partner saya ialah syamieza_danish.Saya yang perlu buat dan hadiahkan kepadanya.
Manakala ayu61279 pula ialah partner yang perlu berikan hadiah kepada saya.

Seronok jika kita melibatkan aktiviti2 begini.Selain menajamkan lagi skill kita,bnyk perkara yang boleh dipelajari hasil dari perbincangan bersama kawan2 lain.

Saya bawa tema purple kali ni :-).

Ada dua barang yang saya buat utk syamieza_danish.

1) Kayu/papan belakang tu ialah yang digunakan untuk alas periuk panas.
Manakala senduk tu pula sebenarnya senduk buluh. Saya gamkan senduk tu di atas alas kayu tersebut.Konon nak menambahkan nilai2 seni lah tu hehehe :-).
Boleh buat perhiasan juga.Mungkin kalau di framekan pun cantik.Harap syamieza_danish suka.

2) Yang ni mmg kayu yang biasa orang buat untuk wall plaque.Saya gunakan decoupage paper.Dan kemudian buat 3D decoupage disitu.Nampak timbul tak bunga2nya?Hehehe..

Rasanya masih bnyk perlu diperbaiki.Walaubagaimanapun berbesar hati dapat siapkan untuk partnerku kali ini. :-)





Projek Birthday Exchange 2009 dengan kawan2 online. Geng se'plaza' dalam forum wmc.Kami kena tukar2 hadiah sepanjang setahun tu. Seronok.

Saya buatkan decoupage pada medium kayu berbentuk love.Khas untuk afiera @ sue. yang menyambut birthdaynya pada bulan January.
Related Posts with Thumbnails