Akhirnya dapat juga buat semula aktiviti ber'decoupage' ni setelah sekian lama tak melayan hobi nan satu ni.Suke sangat!! :-).

Walaupun quite simple kali ni,tapi rasa happy sebab ada lagi hasil2 kraf yang baru.

Kat rumah saya memang banyak tin-tin biskut macam ni.Sebab semua hantu biskut hehe.Senang beli mcm ni,sebab didalamnya biskut dah siap pack kecik2.Sedap pun sedap.Eh..macam nak promote beli biskut tin pulak hahaha.

Oleh kerana pack2 biskut tu taklah bnyk sgt nak dibanding dengan kekerapan orang yang makan biskut2 tu,maka cepat habis.So mmg cepatlah beli stok baru.Sebab tu kat rumah saya banyak tin jenis ni yang saya simpan sampai kena bebel dengan cik abe..:-).Tapi bila dah makeup kan tin ni cantik2,dia pulak yang lebih2 nak hias kat sudut sana,sudut sini...:-).

Kalau perhatikan,tin2 biskut besar ni biasanya ada dua jenis.Satu yang bentuknya mcm ada petak2 sket mcm kat bawah ni.Ada lekuk kat bahagian sisi.Untuk yang ni,nampak kan..saya tampal corak sekeping besar terus.Bukan malas yea eheh...tapi sayangkan corak pada tisu tu.Pastu pulak mmg jarang tampal besar2 sekeping,so saya cuba lah.Sengetkan sikit supaya tak lah boring sangat bila coraknya menegak je kan sekeping gitew..Masa bab lekatkan tu mmg penuh hati2 untuk kurangkan kedutan ;-).



Oh yea...kat bahagian penutup tin pun ada dua jenis jugak.Ada yang tulisan dia jenis timbul,ada yang sekata je mcm di badan tin.So yang tin kuning atas ni penutupnya jenis tulisan yang timbul.Gesso lah camana pun,mmg timbul sebab mold dia mmg macam tu.Kalau tampal tisu pun mesti ada bentuk tulisan timbul jugak.So saya letakkan bunga reben atas tu,glue sket je..warna lebih kurang sama dengan background colour tu,kira okeylah masukkk ;-)

Ok,
Yang kat bawah ni jenis tin biskut yang flat je,takde segi2.Saya buat strip 2 kaler dulu then baru letak motif2 yang dikehendaki..nak lembutkan balik tangan yang dah keras ni,tu yang buat mcm2 teknik...:-).Warna background mmg saya blendkan sama purple dengan warna asal background tisu.Habis jugaklah corak kat keseluruhan sekeping tisu tu untuk ditampal kat ke-empat2 sisi tin ni.



Hope u all enjoy entri kali ni,nanti saya rajin2kan lagi tangan ni nak buat.:-).
Related Posts with Thumbnails