Showing posts with label Make-over. Show all posts
Showing posts with label Make-over. Show all posts
Hola everybody! :-D.

Akhirnya dpt juga siapkan satu buat lepas gian hahaha.
Punya lah lama membuatnya entah dari bulan berapa,asyik tertangguh nak abiskan dek rutin harian yg tak abis2.
Last2 ada sket masa tadi,saya terus nekad abiskan jugak.


Asalnya tin biskut butter yg biasa tu.Dah selalu sangat make-over dgn decoupage kat tin ni,kali ni saya cuba make-up kan dia guna kain Felt pulak.Jadi mcm ala-ala cake gitu.

Kalau buang tin ni sayang kan?Cantik dan berguna lagi,dalam tin pun boleh isi macam2 barang.

Bahagian penutup tin:
Love besar di tengah tu actually barang recycle hadiah lebih 7 tahun lepas.Dah berhabuk2,bersihkan sikit cantik pulak.Tengok macam boleh guna lagi,saya gam kat bahagian tengah atas tu.Yang lain2 tu hiasan biasa seperti strawberry & whipping cream :-).Manik pearl atas whipping cream tu pun recycle dari bunga telur yang dapat masa majlis org kahwin hehehe.
Bahagian badan tin:
Menggunakan 2 kaler coklat & putih.Then, tambah ribbon merah kat tengah.Pastu rasa macam kurang berpuas hati,saya buat lagi 6 kuntum rose kecil dan letak keliling bahagian atas badan tin tu.

Harap2 dapat buat lebih banyak lagi kraf lepas ni.Sebab seronok sangat melayan hobi ni...:-)
Lama dah tak buat kraf decoupage ni lepas aktiviti EG yang ke-3.Terlalu banyak rutin2 harian yang hendak dibuat dan didahulukan.

Akhirnya baru2 ni,berjaya juga panaskan enjin semula.Simple je,make-over tin biskut butter tu.Ada dua biji, layan je lah dulu yea.:-).

Harap2 lepas ni dapat lah masuk gear 3 ke..4 ke 5 ke.. ehehe.


Projek ni pun lama dah macam ni je.Entah kenapa lately idea sukar betul mesra dengan diri ini, ewahh!
Kotak tu kotak terpakai.Warna asal memang dah buruk.Make-Over lagi bagi putih.Baru tampal mcm tu je rose tu..rasa tak puas hati lagi.Tapi rasa macam dah okay jugak.So saya biarkan saja tanpa di varnish,mana tau ada idea nak touch-up lagi nanti.
Key holder tu pun sama, nak buat wording kat ruang kosong atas sebelah kiri tu..tapi masih tak buat2.

Sabar je lah! :-D
Suka buat kat tin biskut.Warna terang2 gitu kali ni. :-)
Frame ni dah lama juga,tapi tak pernah pakai sebab tak tau nak letak gambar apa.
Akhirnya jadi mangsa decoupage.

Warna asal,mcm kat bawah ni..warna standard tu lah...(ni gambar dari dalam.terlupa nak ambil dari depan.dah siap kalerkan background putih baru teringat).


Lepas di make-over dengan teknik decoupage,tadaaaaaa....! :-).
Kali ketiga buat ni rasa mcm ada improvement sket.Tangan dah mula lembut hihihi.


Bercerita tentang decoupage ni,mmg menarik..

Pada awal2 perkenalan dengan decoupage dolu-dolu hanya melalui pembacaan buku dan majalah.Minat tgk..tapi tak jugak cuba buat ngeeehh..

Tapi yang jadi pemangkinnya ialah geng2 celoteh kraftangan kat wmc.Seronok.
Semuanya saling bertukar2 idea,memberi pandangan dan masing2 tidak lokek untuk berkongsi tip dan cara2 ber'decoupage'.

Ni antara projek2 awal masa mula buat decoupage.:-).

Paling suka kalau dapat make-over used item.Macam tin biskut kat bawah ni.





Related Posts with Thumbnails