Beberapa minggu lepas dapat juga beli kain felt ni.Dan cuba buat sikit2 berdasarkan contoh2 di internet.
Yang kelakarnya first time buat tu,saya baru gunting satu pattern and nak mula lah stitch kononnya sekali baru perasan fiber foam yg nk diisi tu tak beli hahaha!

Pastu terpandang patung Spongebob anak yang kakinya dah tercabut sebelah.Apalagi buat sementara saya korek isinya dan guna untuk projek felt craft ni hihihi..sorry yea intan payung ibu.Nanti ibu buatkan macam2 patung lagi ni.Buat sendiri lagi toy untuk anakku :-).


Nilah antara kraftangan felt yang saya cuba2 buat.Teramatlah simplenya.Nak lembutkan tangan dulu lepas tu bolehlah come out dengan idea2 yang lebih advance.Dalam kepala ada dah plan nak buat apa..tapi kain felt dah nak abis daaaa..kena beli lagi nanti.

Oh ya!!!Saya bukanlah jenis yang pandai(memang tak suka pun..) menjahit!Hihihi.

Kalau soh memasak ke, mendeco ke, mendesign ke, melukis ke...haa boleh.
Kalau jahit menjahit ni memang kureng.Malah saya juga takde banyak benang and jarum.Yang saya ada kat rumah ialah sewing kit yang kecik tu.So,itulah yang saya guna untuk buat felt craft ni.

Maknanya,anda pun boleh buat jugak betul tak?Lagi2 yang pandai jahit tu.

Malu pulak,sebab melalui projek kecil2an felt craft nilah baru saya kenal apa itu Blanket Stitch.Saya belajar ikut gambar2 dan step2 yang ada di internet.Kalau tak..main jahit lurus and terus aje.Sekarang dah pandai,dah cantik ler...eheheh.

Okay,layanzzzz gambor ekk :-)



Donut oh Donut! :-)


Biskut coklat tu anakku suka berlakon makan sambil2 cicah air hik..
Yang cookie ala-ala lovely letter merah pink tu,masa baru siap saya bagi kat dia,terus dimasuk mulut adoii belum sempat warning lagi.Terkulat2 dia rasa kain felt tu.Dah faham...baru dia olok-olok makan heee..



Telur mata yg dah jadi mainan masak-masak si kecik ni.



Kuih lapis & karipap..simple sgt yg ni :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails