Menarik!

Chopping board yang di decoupage kan di kedua2 permukaan.Saya terima daripada partner sheila.Bunga2 nya walaupun tidak ketara seperti 3D,tapi ianya dibuat timbul dan tebal sedikit.

Thanks sheila.Saya sukee! :-)


Untuk kali ini partner saya ialah kak jija1970.

Jenuh juga memikirkan idea untuk jadikan ia sangat istimewa sebab saya suka dengan hasil kerjatangan beliau.Tema ialah mesti guna motif roses sahaja.

Akhirnya saya putuskan nak buat 2 benda. Satu ialah cermin,satu lagi hiasan dinding 3D.

Warna dan corak pada kedua2 item adalah sama.Jadi dia macam Set gitew :-).

Special for kak jija,




Dan yang ini pula 3D decoupage.Medium board kayu tu beli di Jusco.Ianya yang sebenar ialah alas periuk panas.Saya deco kan.


Rasa macam sayang sangat,jadi saya siap2 tempah frame.Alhamdulillah kedua2 barang ni selamat sampai dihantar oleh abang posmen ke rumah kak jija1970.

Rasanya yang ni paling mencabar dibuat tapi sangat enjoy :-),



Sebabnya banyak motif munga-munga cinta nak kena guna.Medium board tu kayu biasa je.

Saya mmg suka corak bunga yang ni.Sayang jugak nak guna.

Cadang nak frame kan cantik2..,kenangan terindah :-).

Ni gambar zoom in,untuk tgk 3D yang buat imej bunga jadi timbul.Maksimum 3 layer especially pada kelopak bunga besar.2 layer untuk daun2.
Suka buat kat tin biskut.Warna terang2 gitu kali ni. :-)
Ni ada satu lagi aktiviti. Ianya di organize secara online oleh umiyumi dalam English Club:Let's Improve Our English di forum WMC juga.
Sebagai salah seorang ahli kelab tersebut saya pun join aktiviti exchange card ni.Syaratnya,kad tu dibuat sendiri.Kita tak tau kita akan dapat kad dari ahli yang mana satu,sebab itu adalah rahsia.Kak umiyumi saja yang akan bagitau.Jadi masing2 saspen.
Cthnya saya telah diberitahu untuk berikan handmade kad ni kepada lina726.Didalamnya pula saya letakkan Poem berkenaan Friendship.Saya juga perkenalkan diri saya dalam kad tu.Bila dah sampai ke tangan penerima,baru lah dia tau siapa partner dia dalam aktiviti ini.

So,kad yang saya buat ni teramatlah simplenya..cuma kat bahagian tengah dalam kad tu,buat decoupage.Again...3D Decoupage.ehehe..Simple punya je.Hasilnya?Macam dalam gambar kat atas tu lah :-)

Kali ni birthday seorang lagi kawan online iaitu eihanlemoc @ fida.

Saya buatkan special untuk dia. Sebab fida ialah ketua projek birthday ni.

Apa specialnya? 3D Decoupage.
Medium bulat tu cuba teka apa?Itu saya beli dekat Jusco..chopping board! :-).

Masa beli tu tak terfikir pun nak buat untuk potong ikan or daging.Memamg fikir nak decor kan je.:-D

Hasilnya jadilah seperti di atas.Rasa happy sebab bunganya nampak hidup...:-). Cuma nak perbaiki lagi wordingnya.


Yang ni pula hasil kerja partner saya iaitu ayu61279 kepada saya.Cantik kan?Kreatif orangnya.Coaster yang 3 keping tu dijadikan fridgemagnet.Memang cantik letak kat peti ais.

Thanks Ayu! :-)


Ada satu aktiviti di mana,kami telah diberi partner.Dimana saya perlu buat decoupage dan berikan kepada partner.Kemudian ahli yang di'partner'kan dengan saya juga kena buat decoupage dan berikan pula kepada saya.
Tukar2. Sebab tu lah namannya Decoupage Exchange(EG).Syarat aktiviti kali ini ialah medium yang digunakan mestilah daripada kayu.

Partner saya ialah syamieza_danish.Saya yang perlu buat dan hadiahkan kepadanya.
Manakala ayu61279 pula ialah partner yang perlu berikan hadiah kepada saya.

Seronok jika kita melibatkan aktiviti2 begini.Selain menajamkan lagi skill kita,bnyk perkara yang boleh dipelajari hasil dari perbincangan bersama kawan2 lain.

Saya bawa tema purple kali ni :-).

Ada dua barang yang saya buat utk syamieza_danish.

1) Kayu/papan belakang tu ialah yang digunakan untuk alas periuk panas.
Manakala senduk tu pula sebenarnya senduk buluh. Saya gamkan senduk tu di atas alas kayu tersebut.Konon nak menambahkan nilai2 seni lah tu hehehe :-).
Boleh buat perhiasan juga.Mungkin kalau di framekan pun cantik.Harap syamieza_danish suka.

2) Yang ni mmg kayu yang biasa orang buat untuk wall plaque.Saya gunakan decoupage paper.Dan kemudian buat 3D decoupage disitu.Nampak timbul tak bunga2nya?Hehehe..

Rasanya masih bnyk perlu diperbaiki.Walaubagaimanapun berbesar hati dapat siapkan untuk partnerku kali ini. :-)





Projek Birthday Exchange 2009 dengan kawan2 online. Geng se'plaza' dalam forum wmc.Kami kena tukar2 hadiah sepanjang setahun tu. Seronok.

Saya buatkan decoupage pada medium kayu berbentuk love.Khas untuk afiera @ sue. yang menyambut birthdaynya pada bulan January.



Hihihi..
sekali mood datang tu diaaaaa...kasi gesso banyak2 dulu.Bila2 senang tinggal nak decoupage kan je.

Cuba tgk tarikh kat gambar tu.Percaya tak,dah lebih setahun sekarang ni masih ada beberapa item yang dah di gesso dalam tu masih eloh putih je.Maknanya tak buat apa2 lagi lah tu :-D.




Okay,

ada banyak cara sebenarnya mengikut kreativiti masing2.
Tapi secara asasnya adalah seperti berikut.

Bahan-bahan
1- Primer iaitu gesso.Biasanya kita gunakan White Gesso.Nak guna warna lain pun boleh juga
2- Paper Napkin (sebaiknya yang Acid Free), atau tisu biasa, atau Decoupage paper
*Boleh juga ambil keratan2 majalah yang ada imej yang cantik.
3- Gam untuk tampal.Bukan gam biasa,tapi special untuk decoupage.Boleh guna Clear Glaze Medium atau All Purpose Sealer.
4- Arcylic Paint
5- Varnish
6- Berus yang sesuai
7- Gunting



Langkah demi langkah
1- Bersihkan medium yang hendak dibuat decoupage
Contoh: Kayu,tin,botol dan sebagainya.(kat perabot pun boleh cth mcm almari,meja,kerusi)
2- Sapukan sealer terlebih dahulu.Biarkan kering.
3- Sapukan White Gesso.Cara sapuan sama ada dab-dab menggunakan span atau boleh juga menggunakan foam brush.Tunggu kering dan sapu lagi untuk lapisan kedua sehingga anda berpuas hati.
4- Kemudian warnakan background dengan arcylic paint yang sesuai dengan warna latar belakang motif dari tisu atau kertas decoupage.
5- Sementara menuggu kering,anda bolehlah menggunting motif yang hendak ditampal.
6- Setelah itu,sapukan Clear Glaze Medium(sesuai untuk tisu) atau All Purpose Sealer ke permukaan medium anda.Kemudian tampalkan motif corak yang digunting tadi.
7- Sapukan sekali lagi di sebelah atas motif yang telah ditampal tadi.Cuba buat perlahan supaya tidak koyak dan kurangkan kedutan2 akibat dari gelembung udara.

8- Setelah kering,bolehlah sapukan Varnish sebagai proses akhir.Boleh sapukan sebanyak 2 lapisan untuk hasil yang lebih baik.Tunggu lapisan pertama kering dahulu.


Selamat Mencuba!

p/s:InsyaAllah kalau berkesempatan saya gunakan gambar untuk menunjukkan langkah demi langkah membuat decoupage nanti.
Rasanya,

elok juga saya share kat sini pada maksud decoupage dalam dunia kraftangan kita harini.
Frame ni dah lama juga,tapi tak pernah pakai sebab tak tau nak letak gambar apa.
Akhirnya jadi mangsa decoupage.

Warna asal,mcm kat bawah ni..warna standard tu lah...(ni gambar dari dalam.terlupa nak ambil dari depan.dah siap kalerkan background putih baru teringat).


Lepas di make-over dengan teknik decoupage,tadaaaaaa....! :-).
Kali ketiga buat ni rasa mcm ada improvement sket.Tangan dah mula lembut hihihi.


Kali ni buat kat Tea Set, Tray (dulang kayu), dan juga make-over placemat buluh.
Oh ya,ada 2 unit mini watering can & mini pail.Kedua2 ni material ni ialah jenis terracota.Syok jugak decoupage kat medium mcm ni.

Dah lama ni buat ni masa awal2 dulu.Bila tengok balik rasa malulah pulok.

Layan je lah yea :-)


Bercerita tentang decoupage ni,mmg menarik..

Pada awal2 perkenalan dengan decoupage dolu-dolu hanya melalui pembacaan buku dan majalah.Minat tgk..tapi tak jugak cuba buat ngeeehh..

Tapi yang jadi pemangkinnya ialah geng2 celoteh kraftangan kat wmc.Seronok.
Semuanya saling bertukar2 idea,memberi pandangan dan masing2 tidak lokek untuk berkongsi tip dan cara2 ber'decoupage'.

Ni antara projek2 awal masa mula buat decoupage.:-).

Paling suka kalau dapat make-over used item.Macam tin biskut kat bawah ni.





Alhamdulillah...
Setelah bertahun nak buat blog,akhirnya dapat juga laksanakan pada malam ini. Di saat puteri ku yang sudah berumur 1 tahun 9 bulan itu nyenyak beradu sekarang.Tiba2 je aku terus buat blog ni malam ni.


Sebenarnya banyak betul perkara yang menghalang.Anak yang sedang membesar,yang pantang tengok aku tekan keyboard ni menjerit2 dia...jealous betul kalau ibu dia ni mula tumpukan perhatian ke komputer kesayangannya ;).


Selain tu,faktor kesibukan dengan pelbagai perkara lain juga membataskan diri ini.

Apa2 pun Alhamdulillah,harini satu langkah sudah dimulakan.

Aku berharap dapat berkongsi kerja2 kraf yang menjadi minat dan hobiku sejak sekolah lagi.


Aku minat Seni..Kawan2 dulu pelik sebab sampai kan sastera pun aku minat hahaha..budak Sains minat Sastera? Tak kisahlah..:-)


I love Art..yup! Tak kiralah computer art pun aku suka.Paling minat Designing,graphic,emmm painting..


Dan kraftangan juga salah satu dari nilai2 seni yang aku suka Kraftangan decoupage,glass painting,card making,hias lantern terbaru aku minat dengan felt craft!. Whatever it is,kita enjoy dulu! Semoga dapat menceriakan lagi hari kita semua berkraftangan!
Related Posts with Thumbnails